Skip to main content

TESTIMONI ~ DAH BERTUKAR SAIZ KE AIDA JEBAT

Masalah berat badan yang saya hadapi ni sangat merunsingkan selepas berpantang anak ke 3. Terpedaya dengan omongan ibu menyusu cepat lapar, ibu menyusu kena makan banyak untuk hasilkan susu ibu dengan banyak, kononnya.


Sehinggalah berat naik mendadak hampir mencecah 70 KG. Macam tak percaya pada diri bila tengok badan sendiri. Luar biasa gemuk. Sebab sebelum-sebelum ni berat saya tak cecah 60 KG.

Dari situ timbullah bermacam-macam masalah pada diri. Cepat letih, mengah, malas nak bersiap dan berdandan sebab semua baju dah tak muat. Bayangkan blouse masa mengandung saya boleh pakai lagi.

Nak sudahkan rukun solat 5 waktu pun termengah-mengah. Nak buat yang sunat lagi lah malas, sebab rasa mengah teramat. Aktiviti-aktiviti luar memang dah tak sanggup buat sebab jadi cepat berpeluh,panas dan emosi jadi tak stabil. Rasa cepat nak marah  dan stress.

Waktu malam, tidur pun berdengkur. Suami pun dah naik hairan sebab sebelum-sebelum ni tak berdengkur. Pantang letak kepala pastu lena. Lemah betul badan masa tu.


Sakit tapak kaki. Puas pergi mengurut tapi tak juga hilang. Bila bangkit dari tidur pada waktu pagi, rasa macam duri mencucuk-cucuk kat tapak kaki. Betis ibarat batu sebesar pemeluk bergantung. Berat dan lenguh. Ada tukang urut cakap berkaitan dengan rahim, tapi saya lebih percaya bahawa ni kesan dari terlebih berat badan.


Ekoran dari itu berbagai-bagai usaha saya buat untuk turunkan berat badan. Antaranya berpuasa, Intermittent fasting (IF), tak makan nasi, hiking, jogging, cycling tapi kesannya sangat sedikit.

Hinggalah saya serahkan diri untuk join Jom Detox Jutawan batch ke 5.

Kesan sewal 12 hari. Kali pertama join jomdetox turun berat almost 3 KG. Teruja weh, 3 KG tu angka yang besar pada saya sebab setahun saya usahakan sebelum ni tak capai pun penurunan sebanyak tu.


Join kali pertama tu, kesan ketara yang saya dapat rasa adalah tak mengah lagi ketika solat. Badan rasa ringan, betis dah takde batu bergantung dan sakit tapak kaki hilang. Hilang terus tanpa jejak sampai hari ni.Alhamdulillah syukur.


Selepas 3 kali rejoin secara berturut turut, berjaya hilangkan 10.2 KG. Bukan kita je yang gembira bila dah kembali slim, suami dan anak-anak teruja sama.


Selama ni perut ibarat mengandung 7 bulan dah kempis. Anak lelaki saya menjerit sebab “slime” saya dah hilang. Perut saya dipanggilnya slime. Kejam sungguh deme ni 😂.


Nak buat perbandingan dulu dan selepas pun rasa tak sanggup nak tengok gambar dulu. Tak sangka segemuk itu. Dan lebih tak sangka lagi saya dah kembali slim macam dulu even belum 100% lagi.

Terima kasih #JomDetoxJutawan telah banyak membantu saya tentang ilmu detox yang betul dan #livingproof ni.


Tiba masanya saya berkongsi dengan anda dengan hasrat dapat membantu jua anda diluar sana yang mempunyai masalah seperti saya.

Saya mengajak kalian untuk sama sama sertai program Jom Detox Jutawan ini kerana pasti ada resultnya yang best andai ikut betul betul apa yang diajar dalam program ini. Semoga Allah permudahkan kita semua.


Nor Faizah, 41 tahun, Terengganu. Surirumah berbisnes dari rumah

Comments

Popular posts from this blog

TESTIMONI ~ AKU YANG DULU BUKAN AKU YANG SEKARANG

Kenaikan berat badan mendadak berlaku selepas saya melahirkan anak ke 3. Walau mencuba bermacam macam diet, tapi semuanya tidak menjadi. Malah ia makin meningkat sehingga ke angka 75KG tanpa saya sedar. Sebelum detoks, saya mencuba pelbagai jenis diet. Walau berbulan bulan saya diet, hanya 2 KG yang hilang. Tapi yang sedihnya, tak lama lepas tu berat badan saya kembali ke berat asal dengan tersangat cepat. Tumit kaki saya sakit apabila berjalan. Begitu juga dengan lutut. Apatahlagi semasa nak naik dan turun tangga. Setiap kali bangun pagi saya akan rasa sakit sakit badan dan rasa menyucuk nyucuk di kaki. Saya selalu diserang sakit kepala dan migrain terutamanya selepas meeting yang panjang atau ketika hari panas. Saya alami resdung yang agak teruk. Setiap pagi saya akan bersin tanpa henti. Cecair dari hidung saya akan keluar tanpa kawalan. Kotak tisu adalah peneman setia saya ketika itu. Hanya orang yang mengalami memahami seksanya rasa ini. Sebelum detoks juga tekanan darah saya tid...

TESTIMONI ~ NIKMAT TURUN 23 KG

Gebu. Itulah perkataan sinonim dengan saya sejak kecil. Dari kecil hingga awal dewasa saya hanya berada di tahap borderline atau overweight. Hingga tidak pernah dah terlintas di fikiran yang saya akan kurus. Sejak bersalin anak pertama lagi, berat saya mudah sangat naik dan turun hingga mencecah 86 KG. Nak turun tu bukan main seksa. Saya pernah join beberapa program kurus. Antaranya diet tanpa nasi, diet menggunakan produk kurus (yang bahaya), suplemen dan lain lain. Berat turun sedikit sahaja, lebih daripada itu ia statik. Apa yang paling mengecewakan adalah saya hadapi masalah rebound. Bila tak jaga makan, mulalah naik dengan banyaknya. Saya mula sertai Jom Detox Jutawan pada Disember 2018 dengan berat 76KG. Berat saya terkini adalah 53KG selepas melakukan detoks setiap bulan. Saya hilang 23 KG. Alhamdulillah. Sebelum detoks, saya memang suka makan tanpa had dan terlalu suka mengunyah. Semua jenis makanan menjadi kegemaran saya terutamanya desert, buah-buah dan kekacang. Rutin maka...

TESTIMONI ~ UNBELIEVABLE. JOM DETOX JUTAWAN MENGUBAH PESAKIT SLE

  Saya merupakan pesakit SLE sejak 2003. Kesihatan saya naik dan turun juga sepanjang tempoh saya menghidap penyakit ini. Hakikatnya, sejak sakit memang berat badan saya akan ada turun naiknya. Dua tahun yang lepas due to splenic abscess with underlying SLE saya telah koma selama 10 hari, 3 minggu check in di hospital, 3 bulan cuti rehat sebelum saya mula bertugas semula. Ambil kira-kira 6 bulan hingga ke 1 tahun untuk saya pulih semula. Namun, tidak lah secara menyeluruh. Bahagian kaki dari aras pinggang hingga ke kaki saya mengalami kebas kebas yang agak teruk sehingga menyebabkan pergerakan harian saya agak terbatas. Sebelum detoks, berat badan saya tak pandai pandai nak turun walau pun saya buat senaman setiap hari. Badan saya juga sangat mudah penat keterlaluan walau pun saya cukup tidur. Ia umpama bateri rosak yang tak cukup cas. Nak dapat balik tenaga pun tersangatlah lambat. Sakit sendi, sakit otot (muscle pain), demam dan selsema adalah kawan baik saya. Boleh...