Skip to main content

TESTIMONI ~ NIKMAT TURUN 23 KG

Gebu. Itulah perkataan sinonim dengan saya sejak kecil. Dari kecil hingga awal dewasa saya hanya berada di tahap borderline atau overweight. Hingga tidak pernah dah terlintas di fikiran yang saya akan kurus.

Sejak bersalin anak pertama lagi, berat saya mudah sangat naik dan turun hingga mencecah 86 KG. Nak turun tu bukan main seksa.

Saya pernah join beberapa program kurus. Antaranya diet tanpa nasi, diet menggunakan produk kurus (yang bahaya), suplemen dan lain lain. Berat turun sedikit sahaja, lebih daripada itu ia statik. Apa yang paling mengecewakan adalah saya hadapi masalah rebound. Bila tak jaga makan, mulalah naik dengan banyaknya.

Saya mula sertai Jom Detox Jutawan pada Disember 2018 dengan berat 76KG. Berat saya terkini adalah 53KG selepas melakukan detoks setiap bulan.
Saya hilang 23 KG. Alhamdulillah.

Sebelum detoks, saya memang suka makan tanpa had dan terlalu suka mengunyah. Semua jenis makanan menjadi kegemaran saya terutamanya desert, buah-buah dan kekacang. Rutin makan saya setiap kali makan mesti ada air manis. Tahap ketagihan saya kepada gula tersangat tinggi.


Semua masalah berkaitan orang gemuk memang saya hadapi kerana saya obes. Contohnya tak suka bergambar, sukar duduk dalam tempoh masa yang lama, tak yakin diri, tak suka bersosial dan lain-lain.

Walaupun saya tak pernah didiagnos ada masalah kesihatan, namun saya sedar beberapa masalah kesihatan saya disebabkan oleh masalah obesiti saya ini.

1. Saya ada PCOS - satu keadaan dimana saya berisiko dapat kencing manis dan lain lain.

2. Saya pernah ada gestational diabetes mellitus (GDM) semasa mengandung anak pertama dan kedua. Doktor bagitahu saya akan berisiko untuk dapat diabetes selepas berumur 40 tahun jika saya teruskan gaya hidup yang tidak sihat.

3. Saya alami masalah lutut meletup pada satu masa ketika berat badan saya lebih dari 70 KG.

4. Saya pernah alami masalah jantung berdegup kencang sesekali dalam tempoh setahun. Ini amat merisaukan saya kerana ia boleh sebabkan saya dapat masalah jantung dan darah tinggi.

5. Saya lambat sembuh setiap kali batuk atau selesema melanda.

6. HBA1C saya sangkut pada tahap pre-diabetes

Saya pernah terfikir. Apa nak jadi dengan diri saya andai saya gagal dapat kesihatan yang baik. Bagaimana dengan keluarga saya? Bagaimana dengan anak anak saya? Apa nasib mereka jika kehilangan saya.

Oleh sebab itu, saya nekad untuk betul betul berusaha untuk turunkan berat badan dan keluar dari zon obesiti. Alhamdulillah dengan program Jom Detox Jutawan, saya berjaya.

Selepas detoks sebulan sekali selama 9 bulan, inilah pencapaian saya. Alhamdulillah Allah izinkan:

1. Dari berat 76KG, kini berat saya 53KG. Saya berjaya keluar daripada tahap obesiti. Alhamdulillah syukurnya.

2. Saya tidak lagi alami masalah jantung berdebar for last 10 months.

3. Sistem imun saya sangat baik, kini saya cepat baik jika batuk atau selesema

4. Saya tidak alami lagi masalah lutut mahupun osteoporosis

5. Dari size pakaian XXXL, kini saya pakai saiz XS, sesuatu yang saya tak pernah dapat pakai sejak saya kecil. Ini satu kebanggaan besar buat saya.

6. Inchloss saya memang banyak, I lost count! Terlalu banyak!

Sekarang selepas detoks, saya dah tahu apa perlu saya buat kalau ketagih (craving) untuk makan makanan manis kerana saya dah ada ilmu tentang nutrisi sihat dan apa yang baik serta tak baik untuk kesihatan dan berat badan saya. Semuanya ni banyak saya belajar melalui program Jom Detox Jutawan ini.

Bukan mudah nak ubati masalah obesiti, tapi bila ada keazaman dan stretagi yang mantap dan berkesan, tak mustahil boleh buang lebih dari 20 KG dengan program yang selamat dan berkesan. Kesihatan pun makin baik. Alhamdulillah.

Kepada yang berada dalam kategori obesiti dalam tempoh masa yang lama, tak mengapa. Teruskan usaha untuk berada dalam zon sihat. Join Jom Detox Jutawan. Kerana ia adalah program yang berbeza dari yang lain di luar sana. It is a proven result program. Insyaallah.

Raihanah, 40 tahun, Selangor,
Bisneswoman

Comments

Popular posts from this blog

PELUANG BISNES SHAKLEE

Hai, salam sejahtera. Apa khabar korang semua? Diharap yang masuk ke sini membaca dengan hati dan fikiran yang terbuka. Kakak nak readers kakak adalah anda yang positif. Kalau anda seorang yang negatif, silakanlah berundur. Kakak tak paksa korang baca.  Baiklah. Kakak mulakan. Pernah tak korang terfikir, selain dari gaji bulanan, korang akan dapat income lain? Income sampingan atau skang ni trend pulak dorang panggil income geli-geli? Harini kakak nak cerita Kelebihan Bisnes Shaklee ni.  Taknak lah cerita pasal orang lain. Kakak rasa lebih mudah kalau cerita pasal kakak sendiri. Korang pun dah tentulah taknak dengar cerita dongeng mat jenin betul tak? Bermula dengan beli vitamin shaklee konon-konon nak cantikkan kulit muka yang dah mula kusam sejak duk berkedai (kedai makan) hampir 24jam. Apa taknya, keluar rumah pukul 10pagi, sampai rumah pukul 2pagi. Muka langsung tak terjaga time tu. Badan apatah lagi. Dah namanya pun duduk kedai makan. Kerja lain sela...

Apa Yang Best Join #TeamJutawan

Hai, Salam Sejahtera!~ Kakak agak kekangan masa lately sebab dah hujung² bulan ni kena fokus closing. Kalau nak bonus tengah bulan nanti meletup, hujung bulan kena fokus elok². Tapi bulan ni agak special skit bagi kakak sebab terpilih menjadi salah seorang crew dalam Mega Metamorphosis by Afnan Rosli. So petang ni dah kena gegas ke PWTC, nak menjalankan tugas yang dah diamanahkan. Sesambil tu nak seludup aura positif dalam diri supaya jadi lebih kental. Yeaaah!!~ Baiklah, pagini kakak nak cerita laju² pasal kelebihan kalau join #TeamJutawan ni, team kakak lah tu. Bersama master² hebat yang sentiasa terbuka dan sanggup luangkan masa 24jam untuk membimbing kita.       Korang ingat kakak mula je dah pandai semua? Kakak lagi laa zero. Nak² bab kesihatan ni. Orang jarang sakit. Anak² pun alhamdulillah, tak pernah berulang warded di hospital so bab insuran, bab supplement memang kakak ke belakang laa sikit. Tapi bab cantikkan diri sen...

Super Upline Grand Master Freddie Lee

Rezeki Allah nak beri pelbagai cara dan pelbagai bentuk. Jangan ingat rezeki ni duit dan kebendaan semata². Rezeki kakak untuk berada bersama² insan terpilih berkunjung ke rumah Grand Master Shaklee, Master Freddie Lee. Rumah yang beliau panggil SUCCESS HOME. Seronok kan, dapat miliki satu² benda dengan hasil titik peluh kita sendiri. Belum pernah jumpa di mana² syarikat MLM, yang setiap perjumpaannya jarang ajar marketing strategy, selalunya akan ajar macamana nak cari downline nak cari downline nak cari downline (ulang macam labulabi) Tapi dengan bisnes Shaklee di bawah payung kepimpinan team kakak, subhanallah! Mereka ajar macamana nak kenal innerside kita. Mendekatkan diri dengan Allah lebih penting. Kejar akhirat, dunia akan kejar kita. Walaupun Master Freddie bukan beragama Islam, tapi cara ajaran tetap sama, KENAL INNERSELF, DIDIK INNERSELF. I (aku, saya) adalah orang terpenting dalam hidup kita. Bukannya diri luaran kita, bukan otak kita. Yang menggerak...