Skip to main content

TESTIMONI ~ RAHSIA AKAK POLIS TURUN 10.5 KG DENGAN MUDAH

Berat saya mudah naik dan lambat turun. Itulah yang paling menyeksakan semua wanita. Bila macam tu saya stres, jadi akan makan lebih banyak. Jadi nak tak nak, berat saya akan makin naik. Bila kesudahannya pun saya tidak tahu.

Sebelum detox, makanan dan minuman wajib saya setiap hari adalah air manis, makanan bergoreng dan berminyak serta berlemak. Gula tu wajib ada dalam menu masakan. Pisang goreng pun saya cicah gula. Saya tak pernah putus dengan stok Milo, kopi, biskut bergula dan makanan segera kat rumah. Dekat dekat nak habis je terus topup. Dasyatnya saya dulu.

Saya mengalami ekzema yang agak teruk pada bahagian jari dan lain-lain bahagian. Ekzema saya tidak pernah kering dan sering berulang-ulang sejak 5 tahun kebelakangan ini. Bahagian yang terkena ekzema menjadi kembang, merekah dan berdarah. Nak buat kerja pun susah.

Saya juga kerap kena migrain yang teruk hingga terpaksa ambil medical leave. Banyak tugasan saya tergendala akibat masalah ini.

Saya mencari jalan penyelesaian kepada segala masalah saya ini. Semakin hari rasa semakin teruk hidup ni. Jika saya tak baikpulih, keadaan pasti akan lebih teruk. Sampai bila saya nak macam ni? Silap hari bulan ia boleh rosakkan kerjaya saya.

Saya nekad join Program Jom Detox Jutawan apabila melihat ramai yang dapat kesan dari program ini. Bukan sekadar turun berat badan, tapi masalah kesihatan mereka pun lebih baik.

Masa mula mula saya sertai program Jom Detox Jutawan, berat saya 68 KG pada Januari 2019.


Selepas 2 kali detoks, alhamdulillah berat badan saya turun sehingga 57.5 KG dan ia kekal hingga kini. Kalau naik akibat keraian, ia tidak naik banyak macam sebelum ni. Dan ia cepat sangat kembali turun ke berat asal. Saya hilang 10.5 KG dalam program ini.


Sekarang selepas detoks, air kosong dah jadi air kegemaran. Saya dah rasa tak biasa dengan air manis. Kalau nak minum kopi mahupun teh pun, saya lebih gembira memilih teh dan kopi kosong tanpa gula.

Saya kini dah pandai menjaga portion makan dan lebih bijak dalam memilih makanan sihat. Kalau terlebih makan, saya sudah tahu apa yang perlu saya buat untuk pastikan kalori tidak menjadi lemak. Semuanya saya belajar dari program Jom Detox Jutawan. Alhamdulillah.

Kini ekzema saya dah baik umpama tidak pernah terkena ekzema. Saya macam tak percaya tau kesan detoks ini boleh bantu pulihkan ekzema saya. Untuk tahun 2019 ni jari saya belum pernah lagi merekah dan berdarah.

Kali terakhir saya terkena migrian adalah pada Januari 2019, iaitu sebelum join program detox. Sampai sekarang alhamdulillah saya sudah bebas dari migrain.

Jom Detox Jutawan adalah satu program yang sangat seronok dan saya rasa sungguh puas hati dengan pencapaiannya terhadap saya mahupun teman teman yang lain. Jika tanya saya apa program terbaik untuk bantu anda kurus dengan cepat dan kekal kurus selamanya? Iainya adalah program Jom Detox Jutawan. Ilmu di dalamnya anda boleh guna sampai bila bila.


Shafinatun Najar, 30 tahun, Selangor. Polis

Comments

Popular posts from this blog

TESTIMONI ~ AKU YANG DULU BUKAN AKU YANG SEKARANG

Kenaikan berat badan mendadak berlaku selepas saya melahirkan anak ke 3. Walau mencuba bermacam macam diet, tapi semuanya tidak menjadi. Malah ia makin meningkat sehingga ke angka 75KG tanpa saya sedar. Sebelum detoks, saya mencuba pelbagai jenis diet. Walau berbulan bulan saya diet, hanya 2 KG yang hilang. Tapi yang sedihnya, tak lama lepas tu berat badan saya kembali ke berat asal dengan tersangat cepat. Tumit kaki saya sakit apabila berjalan. Begitu juga dengan lutut. Apatahlagi semasa nak naik dan turun tangga. Setiap kali bangun pagi saya akan rasa sakit sakit badan dan rasa menyucuk nyucuk di kaki. Saya selalu diserang sakit kepala dan migrain terutamanya selepas meeting yang panjang atau ketika hari panas. Saya alami resdung yang agak teruk. Setiap pagi saya akan bersin tanpa henti. Cecair dari hidung saya akan keluar tanpa kawalan. Kotak tisu adalah peneman setia saya ketika itu. Hanya orang yang mengalami memahami seksanya rasa ini. Sebelum detoks juga tekanan darah saya tid...

TESTIMONI ~ NIKMAT TURUN 23 KG

Gebu. Itulah perkataan sinonim dengan saya sejak kecil. Dari kecil hingga awal dewasa saya hanya berada di tahap borderline atau overweight. Hingga tidak pernah dah terlintas di fikiran yang saya akan kurus. Sejak bersalin anak pertama lagi, berat saya mudah sangat naik dan turun hingga mencecah 86 KG. Nak turun tu bukan main seksa. Saya pernah join beberapa program kurus. Antaranya diet tanpa nasi, diet menggunakan produk kurus (yang bahaya), suplemen dan lain lain. Berat turun sedikit sahaja, lebih daripada itu ia statik. Apa yang paling mengecewakan adalah saya hadapi masalah rebound. Bila tak jaga makan, mulalah naik dengan banyaknya. Saya mula sertai Jom Detox Jutawan pada Disember 2018 dengan berat 76KG. Berat saya terkini adalah 53KG selepas melakukan detoks setiap bulan. Saya hilang 23 KG. Alhamdulillah. Sebelum detoks, saya memang suka makan tanpa had dan terlalu suka mengunyah. Semua jenis makanan menjadi kegemaran saya terutamanya desert, buah-buah dan kekacang. Rutin maka...

TESTIMONI ~ UNBELIEVABLE. JOM DETOX JUTAWAN MENGUBAH PESAKIT SLE

  Saya merupakan pesakit SLE sejak 2003. Kesihatan saya naik dan turun juga sepanjang tempoh saya menghidap penyakit ini. Hakikatnya, sejak sakit memang berat badan saya akan ada turun naiknya. Dua tahun yang lepas due to splenic abscess with underlying SLE saya telah koma selama 10 hari, 3 minggu check in di hospital, 3 bulan cuti rehat sebelum saya mula bertugas semula. Ambil kira-kira 6 bulan hingga ke 1 tahun untuk saya pulih semula. Namun, tidak lah secara menyeluruh. Bahagian kaki dari aras pinggang hingga ke kaki saya mengalami kebas kebas yang agak teruk sehingga menyebabkan pergerakan harian saya agak terbatas. Sebelum detoks, berat badan saya tak pandai pandai nak turun walau pun saya buat senaman setiap hari. Badan saya juga sangat mudah penat keterlaluan walau pun saya cukup tidur. Ia umpama bateri rosak yang tak cukup cas. Nak dapat balik tenaga pun tersangatlah lambat. Sakit sendi, sakit otot (muscle pain), demam dan selsema adalah kawan baik saya. Boleh...