Skip to main content

TESTIMONI ~ REMAJA 15 TAHUN HILANG 15 KG

Dari kecil saya tak suka makan buah, sayur dan jarang minum air. Di rumah, saya sentiasa dihidang makanan yang lazat, fast food, coklat dan macam macam yang lain. Stok makanan ni semua tak pernah susut untuk saya.

Akibatnya, berat saya bertambah dengan sendirinya sehingga mencecah 107 KG yang hanya dengan ketinggian 170 cm. Walau baru berusia 15 tahun, saya sudah dikategorikan dalam golongan obesiti kelas ke 2.

Ibu saya mula risau melihat keadaan saya yang semakin hari semakan teruk ini.

Saya mula sertai Jom Detox Jutawan selepas melihat ibu kehilangan berat badan sebanyak 8 KG dalam masa sebulan. Wow! Itu satu perkembangan yang hebat.

Saya juga melihat kesihatan ibu semakin baik. Dari situ saya mula berminat untuk menjadi peserta program Jom Detox Jutawan ini.

Sebelum detoks, saya sangat sukakan makanan ringan, fast food dan makanan manis. Ada manis je terus laju saya makan.

Saya kurang menjaga waktu tidur dan sangat jarang minum air kosong. Yang ada hanya air manis.

Saya juga malas bersenam walau macam macam alatan gym ada di rumah. Yelah, badan saya sangat berat untuk digerakkan. Ia menyebabkan saya jadi tertekan yang akhirnya saya malas lakukan senaman.

Yang paling saya sedih dan kecewa adalah sangat susah nak cari baju kegemaran saya. Selalu saja tiada saiz. Bukan mudah nak cari baju XXL yang digemari remaja macam saya.

Selepas detoks, saya sudah buang tabiat sukakan makanan manis. Malah sekarang saya dengan rela hati memilih makanan yang sihat.

Saya kini sangat menjaga jadual tidur saya. Air pun saya pastikan ia cukup untuk saya.

Saya kini ada hobi baru. Sekarang saya semakin aktif bersenam. Saya nekad untuk sama sama ada badan yang lebih baik seperti kawan kawan yang lain.

Apa yang paling menggembirakan saya adalah saya sudah boleh pakai jersi kegemaran saya tanpa risaukan saiz lagi.

Selepas 4 kali sertai program Jom Detox Jutawan, saya kehilangan 15 KG. Kini berat saya 92 KG. Saya sedar jauh lagi perjalanan saya untuk ke berat normal. 15 KG ni adalah kick start buat saya untuk pergi lebih jauh dalam proses penurunan berat badan ini.

Jika dalam masa 48 hari saya sertai program Jom Detox Jutawan pun saya boleh hilang 15 KG, sudah tentu saya boleh hilangkan lagi 22 KG ni dengan mudah juga. InsyaAllah.

Kepada kawan kawan seusia saya yang ada masalah obesiti, jangan risau. Jom Detox Jutawan boleh membantu anda juga. Jom kita ubah diri kita untuk menjadi remaja yang lebih sihat dan cergas. Kita ada platform yang sungguh bagus di Jom Detox Jutawan. InsyaAllah.

Muhammad Shahrafie, 15 tahun, Kuala Lumpur.

Comments

Popular posts from this blog

Apa Yang Best Join #TeamJutawan

Hai, Salam Sejahtera!~ Kakak agak kekangan masa lately sebab dah hujung² bulan ni kena fokus closing. Kalau nak bonus tengah bulan nanti meletup, hujung bulan kena fokus elok². Tapi bulan ni agak special skit bagi kakak sebab terpilih menjadi salah seorang crew dalam Mega Metamorphosis by Afnan Rosli. So petang ni dah kena gegas ke PWTC, nak menjalankan tugas yang dah diamanahkan. Sesambil tu nak seludup aura positif dalam diri supaya jadi lebih kental. Yeaaah!!~ Baiklah, pagini kakak nak cerita laju² pasal kelebihan kalau join #TeamJutawan ni, team kakak lah tu. Bersama master² hebat yang sentiasa terbuka dan sanggup luangkan masa 24jam untuk membimbing kita.       Korang ingat kakak mula je dah pandai semua? Kakak lagi laa zero. Nak² bab kesihatan ni. Orang jarang sakit. Anak² pun alhamdulillah, tak pernah berulang warded di hospital so bab insuran, bab supplement memang kakak ke belakang laa sikit. Tapi bab cantikkan diri sen...

TESTIMONI ~ AKU YANG DULU BUKAN AKU YANG SEKARANG

Kenaikan berat badan mendadak berlaku selepas saya melahirkan anak ke 3. Walau mencuba bermacam macam diet, tapi semuanya tidak menjadi. Malah ia makin meningkat sehingga ke angka 75KG tanpa saya sedar. Sebelum detoks, saya mencuba pelbagai jenis diet. Walau berbulan bulan saya diet, hanya 2 KG yang hilang. Tapi yang sedihnya, tak lama lepas tu berat badan saya kembali ke berat asal dengan tersangat cepat. Tumit kaki saya sakit apabila berjalan. Begitu juga dengan lutut. Apatahlagi semasa nak naik dan turun tangga. Setiap kali bangun pagi saya akan rasa sakit sakit badan dan rasa menyucuk nyucuk di kaki. Saya selalu diserang sakit kepala dan migrain terutamanya selepas meeting yang panjang atau ketika hari panas. Saya alami resdung yang agak teruk. Setiap pagi saya akan bersin tanpa henti. Cecair dari hidung saya akan keluar tanpa kawalan. Kotak tisu adalah peneman setia saya ketika itu. Hanya orang yang mengalami memahami seksanya rasa ini. Sebelum detoks juga tekanan darah saya tid...

PELUANG BISNES SHAKLEE

Hai, salam sejahtera. Apa khabar korang semua? Diharap yang masuk ke sini membaca dengan hati dan fikiran yang terbuka. Kakak nak readers kakak adalah anda yang positif. Kalau anda seorang yang negatif, silakanlah berundur. Kakak tak paksa korang baca.  Baiklah. Kakak mulakan. Pernah tak korang terfikir, selain dari gaji bulanan, korang akan dapat income lain? Income sampingan atau skang ni trend pulak dorang panggil income geli-geli? Harini kakak nak cerita Kelebihan Bisnes Shaklee ni.  Taknak lah cerita pasal orang lain. Kakak rasa lebih mudah kalau cerita pasal kakak sendiri. Korang pun dah tentulah taknak dengar cerita dongeng mat jenin betul tak? Bermula dengan beli vitamin shaklee konon-konon nak cantikkan kulit muka yang dah mula kusam sejak duk berkedai (kedai makan) hampir 24jam. Apa taknya, keluar rumah pukul 10pagi, sampai rumah pukul 2pagi. Muka langsung tak terjaga time tu. Badan apatah lagi. Dah namanya pun duduk kedai makan. Kerja lain sela...