Skip to main content

TESTIMONI ~ PEMINAT TEH TARIK TEGAR HILANG 16.5 KG

Sebenarnya sebelum detoks saya rasa saya ini sihat saja. Tapi saya memang tidak mampu kawal pemakanan. Ada masanya saya berani habiskan 3 cawan milky tea dalam masa sehari sahaja.

Selain itu, saya memang peminum teh tarik yang tegar. Saya boleh minum teh tarik setiap hari, tanpa rasa jemu walau sekelumit.

Sebelum detoks,  saya ada ekzema kulit yang sangat teruk. Memang amat menakutkan saya. Dalam tempoh sebulan, sekurang kurangnya 2 minggu saya akan terkena ekzema.

Saya agak sukar untuk solat pagi. Badan rasa malas saja sebab rasa terlalu penat dan letih untuk bangun dan bergerak cergas.

Saya memang ada masalah mudah marah, mudah stress, mudah sentap dan kadang kadang rasa tak ada motivasi untuk berusaha.

Dulu, Visceral Fat saya memang bacaan tinggi iaitu 14. Tengok bacaan macam ni buat saya betul betul risau kerana bila bila masa saya boleh dapat penyakit.

Saiz baju 52. Nak beli baju pun rasa tak ada semangat.

Bila kawan ajak saya untuk join program Jom Detox Jutawan, saya terus kata ye. Sebabnya saya nak turunkan berat badan. Tapi saya betul betul tak sangka yang rupanya program inilah yang merubah hidup saya sebenarnya. Saya bukan sekadar dapat turunkan berat badan, tapi juga dapat selesaikan semua masalah kesihatan saya. Alhamdulillah.

Berat badan saya sebelum detoks 84.5 KG. Dari situ saya berusaha untuk turunkan berat badan dengan cara yang betul.

Selepas saja detoks, perubahan berat badan saya sangat ketara. Saya hilang 16.5 KG selepas 3 kali sertai program Jom Detox Jutawan, iaitu 36 hari. Saya sangat teruja dengan perkembangan ini. Bukan mudah untuk saya turunkan berat sebelum ni, tapi dengan Jom Detox Jutawan ianya umpama teramat mudah bagi saya.

Sepanjang detoks dan eat clean, makin lama saya makin tinggalkan gula. Saya dah sangat bahagia tanpa gula dalam makanan dan minuman harian saya.

Kesan daripada itulah juga, ekzema saya semakin singkat tempohnya. Dalam sebulan, jarang sangat saya dapat ekzema trigger.

Kini, nak bangun solat Subuh pagi pagi pun saya rasa semangat. Mudah je nak bangun sebab badan dah ringan. Mana tak nya, saya dah buang 16.5 KG beban yang saya bawa ke mana saja selama ni.

Sejak selepas detoks, otak saya jadi laju. Saya mudah bersabar dan bertenang di kala dalam keadaan beremosi. Dan yang paling best, hati dan fikiran saya kini sentiasa terarah ke arah perkara positif dan yang menginspirasikan.

Visceral fat saya kini dah 6. Dah berkurang 8 dari asal. Alhamdulillah! Itu menunjukkan keadaan dalam badan saya makin sihat.

Saiz baju pula dah berubah ke 34. Sekarang ni pantang tengok baju terus rasa yakin yang ada saiz untuk saya.

Begitulah kisah saya. Ia satu pengalaman yang istimewa bila Allah lorongkan saya untuk kenali Jom Detox Jutawan. Sebab ia satu satunya program yang bagi proven result untuk saya turunkan berat badan dalam masa yang singkat. Saya sarankan anda sertai sama.

Elly Fhriscka Matin, 29 tahun, Sabah. Bisneswoman

Comments

Popular posts from this blog

TESTIMONI ~ AKU YANG DULU BUKAN AKU YANG SEKARANG

Kenaikan berat badan mendadak berlaku selepas saya melahirkan anak ke 3. Walau mencuba bermacam macam diet, tapi semuanya tidak menjadi. Malah ia makin meningkat sehingga ke angka 75KG tanpa saya sedar. Sebelum detoks, saya mencuba pelbagai jenis diet. Walau berbulan bulan saya diet, hanya 2 KG yang hilang. Tapi yang sedihnya, tak lama lepas tu berat badan saya kembali ke berat asal dengan tersangat cepat. Tumit kaki saya sakit apabila berjalan. Begitu juga dengan lutut. Apatahlagi semasa nak naik dan turun tangga. Setiap kali bangun pagi saya akan rasa sakit sakit badan dan rasa menyucuk nyucuk di kaki. Saya selalu diserang sakit kepala dan migrain terutamanya selepas meeting yang panjang atau ketika hari panas. Saya alami resdung yang agak teruk. Setiap pagi saya akan bersin tanpa henti. Cecair dari hidung saya akan keluar tanpa kawalan. Kotak tisu adalah peneman setia saya ketika itu. Hanya orang yang mengalami memahami seksanya rasa ini. Sebelum detoks juga tekanan darah saya tid...

TESTIMONI ~ NIKMAT TURUN 23 KG

Gebu. Itulah perkataan sinonim dengan saya sejak kecil. Dari kecil hingga awal dewasa saya hanya berada di tahap borderline atau overweight. Hingga tidak pernah dah terlintas di fikiran yang saya akan kurus. Sejak bersalin anak pertama lagi, berat saya mudah sangat naik dan turun hingga mencecah 86 KG. Nak turun tu bukan main seksa. Saya pernah join beberapa program kurus. Antaranya diet tanpa nasi, diet menggunakan produk kurus (yang bahaya), suplemen dan lain lain. Berat turun sedikit sahaja, lebih daripada itu ia statik. Apa yang paling mengecewakan adalah saya hadapi masalah rebound. Bila tak jaga makan, mulalah naik dengan banyaknya. Saya mula sertai Jom Detox Jutawan pada Disember 2018 dengan berat 76KG. Berat saya terkini adalah 53KG selepas melakukan detoks setiap bulan. Saya hilang 23 KG. Alhamdulillah. Sebelum detoks, saya memang suka makan tanpa had dan terlalu suka mengunyah. Semua jenis makanan menjadi kegemaran saya terutamanya desert, buah-buah dan kekacang. Rutin maka...

TESTIMONI ~ UNBELIEVABLE. JOM DETOX JUTAWAN MENGUBAH PESAKIT SLE

  Saya merupakan pesakit SLE sejak 2003. Kesihatan saya naik dan turun juga sepanjang tempoh saya menghidap penyakit ini. Hakikatnya, sejak sakit memang berat badan saya akan ada turun naiknya. Dua tahun yang lepas due to splenic abscess with underlying SLE saya telah koma selama 10 hari, 3 minggu check in di hospital, 3 bulan cuti rehat sebelum saya mula bertugas semula. Ambil kira-kira 6 bulan hingga ke 1 tahun untuk saya pulih semula. Namun, tidak lah secara menyeluruh. Bahagian kaki dari aras pinggang hingga ke kaki saya mengalami kebas kebas yang agak teruk sehingga menyebabkan pergerakan harian saya agak terbatas. Sebelum detoks, berat badan saya tak pandai pandai nak turun walau pun saya buat senaman setiap hari. Badan saya juga sangat mudah penat keterlaluan walau pun saya cukup tidur. Ia umpama bateri rosak yang tak cukup cas. Nak dapat balik tenaga pun tersangatlah lambat. Sakit sendi, sakit otot (muscle pain), demam dan selsema adalah kawan baik saya. Boleh...