Skip to main content

PELUANG BISNES SHAKLEE

Hai, salam sejahtera.

Apa khabar korang semua? Diharap yang masuk ke sini membaca dengan hati dan fikiran yang terbuka. Kakak nak readers kakak adalah anda yang positif. Kalau anda seorang yang negatif, silakanlah berundur. Kakak tak paksa korang baca. 

Baiklah. Kakak mulakan.


Pernah tak korang terfikir, selain dari gaji bulanan, korang akan dapat income lain? Income sampingan atau skang ni trend pulak dorang panggil income geli-geli? Harini kakak nak cerita Kelebihan Bisnes Shaklee ni. 

Taknak lah cerita pasal orang lain. Kakak rasa lebih mudah kalau cerita pasal kakak sendiri. Korang pun dah tentulah taknak dengar cerita dongeng mat jenin betul tak?

Bermula dengan beli vitamin shaklee konon-konon nak cantikkan kulit muka yang dah mula kusam sejak duk berkedai (kedai makan) hampir 24jam. Apa taknya, keluar rumah pukul 10pagi, sampai rumah pukul 2pagi. Muka langsung tak terjaga time tu. Badan apatah lagi.

Dah namanya pun duduk kedai makan. Kerja lain selain tu, makan makan makan. Nak makan apa, order je. Dapat pulak tukang masak memang handal. Sedap semuanya yang dia masak, tapi kepala angin subhanallah, susah nak kawal. Hahaha, selingan skit pengalaman akak berkedai dulu. Now dah takde dah kedai tu. Innalillah. Hehehehe

Inilah rupa kakak masa memula jadi ahli Shaklee, konfiden lawa abes dah time ni

Berbalik kepada cerita tadi, setahun membeli Vitamin C & Vitamin E, muka tak jadi apa pun sebab apa? Sebab tak makanlah. Salah siapa? Salahkan diri sendiri. Lepas tu mencari plak apa skincare terbaik yang boleh dicuba sebab muka dah naik jerawat bernanah2 macam anak dara. Pergi pakar kulit katanya nak RM5,000+ untuk treatment. Tertelan airliur.

Kebetulan pulak Shaklee keluarkan skincare terbaru iaitu YOUTH pada Februari 2018. Upline kakak, Master Yani time tu dah pelawa kakak jadi pioneer tapi berkeras taknak pergi sebab takut terpaksa beli. Konon-konon rasa macam mahal lah skincare tu. Tapi bila dah tau kos treatment lebih mahal, haaa hambek kau!

Image result for youth shaklee

Tak fikir panjang, tepat 1 Ogos 2018 kakak terus beli fullset sebab nak cantik punya pasal. Masa tu tak tahu plak bila beli lebih 150uv, dapat cash rebate. 

Bila tau je, terus la pecut cari kawan-kawan ajak beli sama untuk tambahkan uv. Alhamdulillah, bulan pertama tu kakak dapat RM104.24 (Ogos 2018) dan bulan September 2018, kakak dapat RM422.80

Jadi laa kan, siapa nak kasi income geli-geli macam tu. Tambahan pulak gaji bulanan ada, jadi duit bonus Shaklee memang guna untuk top up vitamin Shaklee, untuk upgrade kesihatan diri. Setakat ni, sejak Ogos 2018, belum pernah kakak tak dapat cash bonus Shaklee. Setiap bulan pasti akan ada sales malah cecah ke RM2,000.00 dan membawa kakak rank up menjadi Supervisor. Yang tu nanti kakak cerita kat entry lain.

So, siapa yang rasa nak income geli-geli ni, masih bekerja tapi takde masa nak buat keje part time, hadam betul-betul apa yang kakak tulis tentang kelebihan bisnes Shaklee ni. InsyaAllah, kakak boleh bimbing kalau korang cakap tak pandai. Sebab kakak dulu pun memang tak pandai dan kalau boleh tak mahu bisnes yang kena ajak orang membeli ni.

Sekian dulu, nanti ada rezeki kakak akan kongsi cerita lagi. Wassalam❤❤❤


Comments

Popular posts from this blog

TESTIMONI ~ AKU YANG DULU BUKAN AKU YANG SEKARANG

Kenaikan berat badan mendadak berlaku selepas saya melahirkan anak ke 3. Walau mencuba bermacam macam diet, tapi semuanya tidak menjadi. Malah ia makin meningkat sehingga ke angka 75KG tanpa saya sedar. Sebelum detoks, saya mencuba pelbagai jenis diet. Walau berbulan bulan saya diet, hanya 2 KG yang hilang. Tapi yang sedihnya, tak lama lepas tu berat badan saya kembali ke berat asal dengan tersangat cepat. Tumit kaki saya sakit apabila berjalan. Begitu juga dengan lutut. Apatahlagi semasa nak naik dan turun tangga. Setiap kali bangun pagi saya akan rasa sakit sakit badan dan rasa menyucuk nyucuk di kaki. Saya selalu diserang sakit kepala dan migrain terutamanya selepas meeting yang panjang atau ketika hari panas. Saya alami resdung yang agak teruk. Setiap pagi saya akan bersin tanpa henti. Cecair dari hidung saya akan keluar tanpa kawalan. Kotak tisu adalah peneman setia saya ketika itu. Hanya orang yang mengalami memahami seksanya rasa ini. Sebelum detoks juga tekanan darah saya tid...

TESTIMONI ~ NIKMAT TURUN 23 KG

Gebu. Itulah perkataan sinonim dengan saya sejak kecil. Dari kecil hingga awal dewasa saya hanya berada di tahap borderline atau overweight. Hingga tidak pernah dah terlintas di fikiran yang saya akan kurus. Sejak bersalin anak pertama lagi, berat saya mudah sangat naik dan turun hingga mencecah 86 KG. Nak turun tu bukan main seksa. Saya pernah join beberapa program kurus. Antaranya diet tanpa nasi, diet menggunakan produk kurus (yang bahaya), suplemen dan lain lain. Berat turun sedikit sahaja, lebih daripada itu ia statik. Apa yang paling mengecewakan adalah saya hadapi masalah rebound. Bila tak jaga makan, mulalah naik dengan banyaknya. Saya mula sertai Jom Detox Jutawan pada Disember 2018 dengan berat 76KG. Berat saya terkini adalah 53KG selepas melakukan detoks setiap bulan. Saya hilang 23 KG. Alhamdulillah. Sebelum detoks, saya memang suka makan tanpa had dan terlalu suka mengunyah. Semua jenis makanan menjadi kegemaran saya terutamanya desert, buah-buah dan kekacang. Rutin maka...

TESTIMONI ~ UNBELIEVABLE. JOM DETOX JUTAWAN MENGUBAH PESAKIT SLE

  Saya merupakan pesakit SLE sejak 2003. Kesihatan saya naik dan turun juga sepanjang tempoh saya menghidap penyakit ini. Hakikatnya, sejak sakit memang berat badan saya akan ada turun naiknya. Dua tahun yang lepas due to splenic abscess with underlying SLE saya telah koma selama 10 hari, 3 minggu check in di hospital, 3 bulan cuti rehat sebelum saya mula bertugas semula. Ambil kira-kira 6 bulan hingga ke 1 tahun untuk saya pulih semula. Namun, tidak lah secara menyeluruh. Bahagian kaki dari aras pinggang hingga ke kaki saya mengalami kebas kebas yang agak teruk sehingga menyebabkan pergerakan harian saya agak terbatas. Sebelum detoks, berat badan saya tak pandai pandai nak turun walau pun saya buat senaman setiap hari. Badan saya juga sangat mudah penat keterlaluan walau pun saya cukup tidur. Ia umpama bateri rosak yang tak cukup cas. Nak dapat balik tenaga pun tersangatlah lambat. Sakit sendi, sakit otot (muscle pain), demam dan selsema adalah kawan baik saya. Boleh...