Skip to main content

Kelebihan Program Jom Detox Jutawan

Hai, Salam Sejahtera!~

Kakak dah cerita pasal Kelebihan Bisnes Shaklee dan bagaimana kakak bermula dengan Shaklee iaitu dengan produk skincare YOUTH. 

Bila dah pakai YOUTH ni, memang banyak perubahan berlaku kepada kulit muka kakak. Jerawat yang penuh di jawline dulu, dah takde lagi. Dalam masa seminggu sahaja dah hilang segala jerawat  bernanah dan hanya tinggal kesan parut. Muka pun lebih cerah & flawless.



Baiklah, nanti entry lain kakak cerita pasal kelebihan skincare YOUTH tu sebab harini kakak nak fokus cerita pasal program detox yang kakak jalankan sekarang. Satu-satunya program yang kakak sangat sayang & cintai, yang berjaya merubah kehidupan kakak 300%.

Sebut pasal Detox ni, bukanlah sejenis detox yang sama macam yang selalu korang dengar dan baca kat media-media. Bukan juga sekadar minum air detox yang direndam macam² daun, macam² buah semalaman tu. Bukan! Detox tu hanyalah sekadar detox perut korang je. Macamana dengan hati, macamana dengan jantung, buah pinggang, usus & kulit?


Ini yang kakak nak tekankan hari ni. Ramai tak perasan atau tak ambil peduli. Ramai yang hanya fokus nak kurus je. Tapi diet berbulan², lepas dah kurus sekejap mulalah nak rasa freedom nak makan mewah macam dulu. Lepas tu tak lama, terus naik balik berat badan. Betul tak?

Tapi dengan Detox Shaklee ni, kakak jamin peratusan nak naik semula dengan mendadak sangat tipis. Kenapa kakak begitu yakin? Sebab kakak sendiri dah rasainya. Mula tarikh hari ini (September 2019), dah 7 bulan kakak dapat maintainkan berat badan, makan freedom takde nak diet² pun, alhamdulillah. Barulah berbaloi dengan proses transformasi kakak selama 4 bulan tuuu... ya tak?

Rahsianya hanya DETOX SHAKLEE. Walau apapun method diet yang korang nak buat, korang WAJIB DETOX SHAKLEE dahulu. Buang segala toksin dalam badan dulu. 


Tak ada siapa pun yang nak berat badan macam yoyo. Diet berbulan² tapi merasa kurus cuma sebulan aja. Nak? Taknak kan? Mestilah taknak! Kalau boleh, kita nak kurus kekal abadi. Biar kita rasai bahawa kurus tu dah sebati dengan diri kita. Pergi ke mana², pakai apa² pun penuh yakin dan yang penting selesa.

Dan paling best, DETOX SHAKLEE bukan sahaja untuk orang yang nak kurus. DETOX SHAKLEE untuk orang yang nak sihat, DETOX SHAKLEE untuk orang yang suka bersukan dan nak tingkatkan stamina.

Kenapa kakak yakin cakap macam tu? Sebab kami ada testimoni dari orang yang nak kurus, kami ada testimoni dari orang yang mengidap kencing manis, darah tinggi, gastrik, anxiety, eczema dan kami pun ada testimoni dari guru zumba yang nak tingkatkan stamina. Oh, hampir terlupa! Kami pun ada testimoni dari orang kurus yang buat detox shaklee sebab nak cantikkan kulit!


So janganlah cakap ohh saya dah kurus, saya tak perlu detox. Ohhh saya dah buat diet lain. Ohhh saya dah amalkan senaman setiap hari. 

Semua tu tak cukup sayangku!

Yang penting, WAJIB buat detox shaklee, dan rasai sendiri. Kakak kasi jaminan korang akan terasa perbezaannya walau hanya dengan sekali detox. Tapi, tak cukup hanya sekali untuk hakiskan semua toksin dalam badan tau!

Yang paling penting lagi, MINDSETTING! Korang kena dengan relahati nak berubah. Bukan acah² sebab kakak ajak nak ambil hati. Tanak macam tu tauuu! Korang buat, korang sihat! Itu yang kakak nak tengok. Haaa semangat berkobar² kakak mung pung! Hehehehe...

Sekian dulu, nanti ada rezeki kakak akan kongsi cerita lagi. Wassalam ❤❤❤





Comments

Popular posts from this blog

TESTIMONI ~ AKU YANG DULU BUKAN AKU YANG SEKARANG

Kenaikan berat badan mendadak berlaku selepas saya melahirkan anak ke 3. Walau mencuba bermacam macam diet, tapi semuanya tidak menjadi. Malah ia makin meningkat sehingga ke angka 75KG tanpa saya sedar. Sebelum detoks, saya mencuba pelbagai jenis diet. Walau berbulan bulan saya diet, hanya 2 KG yang hilang. Tapi yang sedihnya, tak lama lepas tu berat badan saya kembali ke berat asal dengan tersangat cepat. Tumit kaki saya sakit apabila berjalan. Begitu juga dengan lutut. Apatahlagi semasa nak naik dan turun tangga. Setiap kali bangun pagi saya akan rasa sakit sakit badan dan rasa menyucuk nyucuk di kaki. Saya selalu diserang sakit kepala dan migrain terutamanya selepas meeting yang panjang atau ketika hari panas. Saya alami resdung yang agak teruk. Setiap pagi saya akan bersin tanpa henti. Cecair dari hidung saya akan keluar tanpa kawalan. Kotak tisu adalah peneman setia saya ketika itu. Hanya orang yang mengalami memahami seksanya rasa ini. Sebelum detoks juga tekanan darah saya tid...

TESTIMONI ~ NIKMAT TURUN 23 KG

Gebu. Itulah perkataan sinonim dengan saya sejak kecil. Dari kecil hingga awal dewasa saya hanya berada di tahap borderline atau overweight. Hingga tidak pernah dah terlintas di fikiran yang saya akan kurus. Sejak bersalin anak pertama lagi, berat saya mudah sangat naik dan turun hingga mencecah 86 KG. Nak turun tu bukan main seksa. Saya pernah join beberapa program kurus. Antaranya diet tanpa nasi, diet menggunakan produk kurus (yang bahaya), suplemen dan lain lain. Berat turun sedikit sahaja, lebih daripada itu ia statik. Apa yang paling mengecewakan adalah saya hadapi masalah rebound. Bila tak jaga makan, mulalah naik dengan banyaknya. Saya mula sertai Jom Detox Jutawan pada Disember 2018 dengan berat 76KG. Berat saya terkini adalah 53KG selepas melakukan detoks setiap bulan. Saya hilang 23 KG. Alhamdulillah. Sebelum detoks, saya memang suka makan tanpa had dan terlalu suka mengunyah. Semua jenis makanan menjadi kegemaran saya terutamanya desert, buah-buah dan kekacang. Rutin maka...

TESTIMONI ~ UNBELIEVABLE. JOM DETOX JUTAWAN MENGUBAH PESAKIT SLE

  Saya merupakan pesakit SLE sejak 2003. Kesihatan saya naik dan turun juga sepanjang tempoh saya menghidap penyakit ini. Hakikatnya, sejak sakit memang berat badan saya akan ada turun naiknya. Dua tahun yang lepas due to splenic abscess with underlying SLE saya telah koma selama 10 hari, 3 minggu check in di hospital, 3 bulan cuti rehat sebelum saya mula bertugas semula. Ambil kira-kira 6 bulan hingga ke 1 tahun untuk saya pulih semula. Namun, tidak lah secara menyeluruh. Bahagian kaki dari aras pinggang hingga ke kaki saya mengalami kebas kebas yang agak teruk sehingga menyebabkan pergerakan harian saya agak terbatas. Sebelum detoks, berat badan saya tak pandai pandai nak turun walau pun saya buat senaman setiap hari. Badan saya juga sangat mudah penat keterlaluan walau pun saya cukup tidur. Ia umpama bateri rosak yang tak cukup cas. Nak dapat balik tenaga pun tersangatlah lambat. Sakit sendi, sakit otot (muscle pain), demam dan selsema adalah kawan baik saya. Boleh...